Pages

Tuesday, 8 September 2015

Da Nang Tour


Da Nang adalah bandar keempat terbesar di Vietnam dan ia makin berkembang mengikut saiz dan signifikan.Inilah masa terbaik untuk mengenal lebih mendalam dengan kawasan ini. 

Sebagai permulaan, kedudukannya yang cantik dan di antara perairan dan Central Highland. Banyak yang telah dilaburkan untuk pembangunan infrastruktur Da Nang supaya bandar ini kekal bersih, mudah dikemudi dan ia memiliki resort percutian mewah dan dipadankan dengan padang golf mewah.



Hari pertama group sampai di Da Nang International Airport jam 11.30 tengahari waktu tempatan. Perbezaan waktu antara Malaysia dan Da Nang ialah 1 jam. Malaysia awal dari Da Nang 1 jam.



Dari airport group terus dibawa untuk makan tengahari di restauran halal, Mumtaz Indian Restaurant.



Seterusnya group dibawa ke kilang kerajinan tangan yang menggunakan marble sebagai bahan utama hasil kerja mereka.



Group kemudiannya dibawa ke  Marble Mountain dimana dipuncaknya terdapat pagoda dan tempat pemujaan. Dari atas pemandangan indah sekali.



Selepas penat memanjat bukit sampai berpeluh group dibawa ke bandar Da Nang untuk shopping di Han market. Dari Han Market group dibawa ke Mumtaz restauran untuk makan malam dan sambut ulang tahun En Kamal.


Hari ke-2, selepas sarapan group dibawa ke Da Nang Museum. Banyak peninggalan perang Vietnam disini.



Perjalanan group hari kedua diteruskan ke bandar Hue. Perjalanan dari Da Nang ke Hue memakan masa 3 jam. Walaupun begitu pemandangan sepanjang perjalanan sungguh menakjubkan. Sampai di Hue group dibawa terus ke Tropical garden untuk makan tengahari.


Aktiviti seterusnya selepas check in hotel ialah shopping. Group dibawa ke Dong Ba market Hue. Selepas makan malam group masih bertenaga. Kami dibawa ke night market ditepi sungai untuk membeli belah.


Hari ke-3 sebelum memulakan cruise disepanjang sungai Perfume Hue group dibawa untuk melihat cottage industry ditebing sungai iaitu lukisan yang menggunakan kertas yang diperbuat dari jerami padi.


Selepas makan tengahari group meneruskan perjalanan mengikuti sungai di Hue. Sehingga kapal berlabuh ditebing sungai disebuah kampung yang penuh dengan kebun buah buahan. Disinilah group akan meneruskan aktiviti untuk hari ini.




Setelah berehat 10 minit group meneruskan aktiviti berbasikal mengelilingi kampung disitu. Kami berbasikal disekeliling kampung yang penuh dengan kebun pamelo dan singgah sebentar di rumah orang kampung disitu untuk melihat hasil kerja mereka didalam membuat batang gaharu (colok).


Aktiviti group seterusnya adalah belajar memasak 3 menu makanan vietnam. Menu pertama ialah springroll berintikan sayuran dan seafood.



Menu kedua ialah lempeng beras berinti sayuran dan seafood. Pandai chef chef dari Malaysia buat lempeng.



Menu terakhir hari ni ialah buah fig dimasak dengan seafood. Siap ianya di makan dengan keropok beras. Terima kasih diatas ilmu yang dikongsikan bersama.



Hari ke-4. Selepas sarapan group dibawa untuk melawat Forbidden City Hue.



Sebelum meneruskan perjalanan ke Hoi Ann group dibawa ke Da Nang untuk makan tengahari di tepi pantai, Restoran Blue Whale. Makanan yang enak (seafood) dengan pemandangan yang cantik.



Sampai di Hoi Ann group terus dibawa ke hotel untuk solat dan berehat. Perjalanan dari Da Nang ke Hoi Ann lebih kurang 40 minit.





Hotel penginapan KAG Travel bersebelahan dengan Old Town Hoi Ann. Group berjalan ke old town street yang dijaga rapi dengan bangunan lama yang diubahsuai serta penuh dengan tanglung.


Hari ke-5. Makan pagi di hotel sebelum bertolak ke My Son. Selepas sarapan group dibawa untuk melihat peninggalan ketamadunan org champa hindu di MySon. Sampai dikompleks tersebut pelancong disajikan dengan tarian tradisional vietnam




Group juga dibawa melawat ke peninggalan tamadun Champa hindu di My Son. My Son adalah sekumpulan kuil Hindu ditinggalkan dan separa hancur yang dibina antara dan abad ke-4 dan ke-14M oleh raja-raja Champa. Kuil ini didedikasikan untuk penyembahan dewa Siva yang dikenali dengan pelbagai nama tempatan, yang paling penting ialah "Bhadresvara".

My Son terletak berdekatan desa Duy Phu, di daerah pentadbiran Duy Xuyên di wilayah Quang Nam di Vietnam Tengah, 69 km barat daya Da Nang, dan sekitar 10 km dari bandar bersejarah Tra kieu. Candi berada di sebuah lembah sekitar dua kilometer lebar yang dikelilingi oleh rentang dua gunung.




Selepas itu group menikmati kopi di Fusion Maia Resort dan dibawa untuk shopping di Pasar Cho sebelum dibawa ke hotel penginapan.



Pada keesokkan harinya group berlepas dari lapangan terbang Da Nang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah group selamat sampai di KLIA 2 dari Da Nang jam 3.50 ptg.










No comments:

Post a Comment