Alhamdulillah setelah sekian lama berhasrat untuk membuka blog travel muslim ini baru sekarang berkesempatan, semoga blog saya ini dapat memberi maklumat-maklumat berkaitan dengan pelancungan, tip-tip pengembaraan (travel) terutama untuk pengembaraan muslim, hotel-hotel, tiket-tiket penerbangan, pakej-pakej pelancungan (Muslim), restauran-restauran yang menyediakan makanan halal diluar negara yang saya lawati dan dalam negara, kenderaan yang sesuai, tempat-tempat menarik yang harus dilawati, dan lain-lain perkara yang dapat saya berikan bagi memudahkan perjalanan, tour dan pengembaraan anda semua.
Izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu, nama sepertimana diberikan oleh ibubapa dan didaftarkan adalah Khairuddin Abd Ghani, berasal dan dilahirkan di Kemaman Terengganu, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jenis Inggeris Dungun , kemudian ke Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu , sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1981 dalam Jurusan Undang-Undang, pada tahun 1987 saya telah menamatkan pelajaran saya di Universiti Malaya dengan dikurniakan segulong ijazah Sarjana Muda Undang Undang Dengan Kepujian (LLB) Malaya (Hons).
Saya kemudiannya memulakan karier saya sebagai Pengajar di Universiti Malaya selama setahun sebelum saya melanjutkan karier saya dengan membuat Chambering bagi ditauliahkan sebagai Peguamcara dan Peguambela pada tahun 1988. Selepas ditabalkan sebagai Peguamcara dan Peguambela saya telah meneruskan karier saya sebagai peguam di Kuala Lumpur. Oleh kerana minat yang suka berjalan dan melawat negara-negara luar dan dalam negari , daripada tahun pertama saya bekerja sebagai Peguam saya telah dapat melawat negara-negara seperti Hong Kong, Thailand, Indonesia , Amerika dan England.
Pada 15th Disember 1994 saya telah membuka firma guaman saya sendiri di Kuala Lmpur. Alhamdulillah , minat saya untuk mengembara diteruskan, sehingga pada tahun 2011 saya telah ditawarkan untuk mengambilalih syarikat pelancungan Great Worthy Travel Sdn Bhd, yang kemudiannya telah ditukar kepada KAG TRAVEL SDN BHD. Dengan penubuhan syarikat pengembaraan saya sendiri maka berkembanglah sayap saya untuk menjelajah ke negara -negara yang belum pernah saya lawati.
Jadi blog saya ini adalah dari apa yang saya lihat, alami, dan pengalaman saya sendiri, saya berharap ianya dapat membantu pembaca-pembaca sekelian di dalam membuat persiapan untuk mengembara ke negara-negara yang pernah lawati.
No comments:
Post a Comment