Pages

Monday, 24 August 2015

Turkey Tour


Hari pertama bermula dengan lawatan ke Masjid Biru. Masjid ini juga diberi nama Masjid Sultan Ahmed. Masjid Biru mendapat namanya kerana dinding dalamannya dihiasi dengan 20000 keping seramik biru. Ia dibina pada tahun 1616 pada zaman pemerintahan Sultan Ahmed dan memiliki seni bina Islam dan zaman Ottoman. Terdapat 9 kubah dan 6 menara di masjid ini.



Seterusnya kami berjalan ke Hagia Sophia. Ia merupakan sebuah gereja dan juga masjid pada suatu masa dahulu dan sekarang ini dijadikan sebuah muzium. Oleh itu dekorasi di dalamnya terdapat unsur kristian dan juga islam. Ia dibina pada sekitar tahun 532-537. Fungsinya sebagai masjid berakhir pada tahun 1931 sebelum dijadikan muzium pada tahun 1935.




Hari ke-2 selepas sarapan kami dibawa untuk melawat Topkapi Palace. Ia adalah kompleks istana yang dibina pada tahun 1459 pada zaman pemerintahan Sultan Mehmed II. Ia juga berfungsi sebagai tempat pemerintahan.


Selepas itu group meneruskan perjalanan ke Bursa. Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit dengan menaiki bas dan juga feri. Sampai di Bursa group terus ke Grand Mosque merupakan masjid yang mempunyai lukisan kaligrapi yang indah dan lukisan ini menghiasi disetiap ruang dinding dan tiang masjid. Masjid ini di bina atas arahan Sultan Bayezid I pada tahun 1396-1400. Senibinanya adalah senibina awal Ottoman tapai lebih kepada senibina Seljuk. 



Selesai shopping group dibawa ke Kervansaray hotel ditengah bandar Bursa untuk menginap satu malam disini. Selepas check in group makan malam secara buffet.



Hari ke-3 dimulakan dengan perjalanan ke Pamukkale menaiki bas. Terdapat 17 sumber mata air panas di Pamukkale dengan suhu antara 35-100 darjah Celcius. Kolam air panas ini unik kerana dinding dan lantainya berwarna putih dan menyerupai kapas. Ia merupakan hasil mendapan kalsium karbonat dari air yang lama kelamaan mengeras.


Kemudian kumpulan kami dibawa melawat ke gedung tekstil. Terdapat pelbagai barangan tandas seperti tuala yang diperbuat dari bamboo dijual disini.



Hari ke-4 selepas sarapan group melawat Cotton Castle sepatutnya lawatan semalam tapi terpaksa ditunda kerana hujan lebat. Alhamdulillah pagi ni cuaca baik. 


Selepas makan tengahari group dibawa ke Konya untuk melihat makam dan muzium tarikat sufi Mevlana. Disini terdapat al-quran yang paling kecil di dunia.


Hari ke-5 di Cappadocia guest yang nak naik belon udara panas diambil di hotel jam 4 pagi. Kami diberi minuman dan makanan ringan sebelum dibawa ke lapangan belon udara panas.



Group kemudiannya meneruskan lawatan Uchiser point iaitu puncak tertinggi di Cappadocia.


Lawatan seterusnya ke Muzium Goreme Open Air. Ia adalah kawasan gereja beribu tahun dulu dan dibina di dalam batu dan masih terdapat gambar gambar lama.



Selepas itu group dibawa ke perusahaan permaidani untuk melihat cara ia dibuat dan perbezaannya dengan permaidani keluaran dari negara lain. Group juga dibawa ke tempat perusahaan tembikar.



Hari ke-6 group singgah di Tuz Lake iaitu tasik garam yang kedua terbesar di Turki dan mempunyai paras air berbeza-beza mengikut musim. Kawasannya memang luas dan kami sempat juga pergi agak jauh ke tengah melalui garam-garam yang memutih.


Sampai di Ankara group terus ke tempat Ataturk dikebumikan selepas 15 tahun diletakkan dalam kotak tanpa sebarang kebumian dilakukan mengikut hukum Islam. Bila ditanya pegawai bertugas alasan diberi kerana bangunan yang sekarang ni belum siap. 


Hari ke-7 group dibawa ke Princess Island. Antara tarikan utama disini ialah pelancong boleh menaiki kereta kuda untuk berjalan-jalan di sekitar bandar ini. Princess Island merupakan rangkaian 9 pulau kecil di Lautan Marmara. Hanya 4 pulau yang boleh dilawati ole orang umum iaitu Büyükada, Burgazada, Heybeliada dan Kinaliada. 


Puas bershopping masa untuk makan malam. KAG TRAVEL buat arrangement makan malam di restoran Malaysia. Mereka menyajikan lauk asam pedas, sup tulang kambing, ayam goreng, telur dadar , sambal belacan, mee mamak.




Hari ke-8 selepas sarapan group dibawa ke makam Ayub A Ansari, sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Dari makam Ayub Al ansari group di bawa untuk makan tengahari di restaurant Cina yang baru dibuka. Chefnya orang melayu Malaysia dari Kedah.


Hari ke-9 jam 12.30pm group check in di Ataturk International Airport untuk berangkat pulang ke Malaysia.

No comments:

Post a Comment